Tuesday, September 7, 2010

SALAM AIDIL FITRI



Assalamualaikum wbh.

Sempena kedatangan Syawal 1431H, saya sekeluarga mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Semoga amal ibadah puasa yang dilakukan diberi ganjaran terbaik daripada Allah swt sebagaimana yang disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

Allah Subhanahu Wataala berfirman : "Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.
(Hadis riwayat Bukhari).

Kita juga berdoa kepada Allah swt agar diberikan kesihatan untuk mengamalkan puasa sunat di syawal kelak berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :

" Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).