MOTIVASI


UCAPAN MEMOHON KEBAROKAHAN DARIPADA ALLAH SWT
"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH APA YANG ADA PADA SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA ENDIRI". 
(Juzuk 13, Surah No. 13, Ar-Ra'd, ayat 11)

Alhamdulillah, pertama-tama sekali kita perlu bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah memberi kita petunjuk untuk menganut dalam agama yang diredoiNya iaitu Islam.

Sempena Tahun Hijrah 1440, marilah kita membina keazaman yang tinggi dan bertindak secara profesional untuk membela Agama, Diri, Bangsa dan Negara dengan AKIDAH, ILMU, KEMAHIRAN, EKONOMI dan SIKAP (AIKES).

Hayatilah kata-kata hikmat ini:

" Mencari ilmu JANGAN korbankan iman. Mencari rezeki JANGAN korbankan maruah. Membangun JANGAN rosak syariat dan akhlak. Bergaul dengan orang kafir atau fasik JANGAN korbankan prinsip. Mencari kekayaan WAJIB kira halal haram. Mendapat pangkat JANGAN melanggar tata susila dan menjatuhkan orang lain". Sumber Ikhwan.


FIKIR BOLEH, YAKIN BOLEH, SEMANGAT BOLEH, INSYAALLAH PASTI BOLEH