Friday, March 12, 2010

TA'ARUF

UCAPAN MEMOHON KEBAROKAHAN DARIPADA ALLAH SWT

Image"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH APA YANG ADA PADA SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI". (Juzuk 13, Surah No. 13, Ar-Ra'd, ayat 11)

Alhamdulillah, pertama-tama sekali kita perlu bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah memberi kita petunjuk untuk menganut dalam agama yang diredoiNya iaitu Islam.

Sempena Tahun Hijrah 1431, marilah kita membina keazaman yang tinggi dan bertindak secara profesional untuk membela Agama, Diri, Bangsa dan Negara dengan AKIDAH, ILMU, KEMAHIRAN, EKONOMI dan SIKAP (AIKES).

Hayatilah kata-kata hikmat ini:

" Mencari ilmu tidak ada salahnya, yang salah kerana ilmu korbankan iman. Mencari rezeki memang tidak salah, yang salahnya kerana rezeki korbankan maruah. Membangun tidak dilarang adakalanya fardhu kifayah, yang dilarang ialah kerana membangun rosak syariat dan akhlak. Bergaul dengan orang kafir atau fasik tidak menjadi satu kesalahan, yang menjadi kesalahan itu bila bergaul dengan mereka korbankan prinsip. Mencari kekayaan bukanlah satu kesalahan, yang salah itu mencari kekayaan tidak kira halal haram. Kita mendapat pangkat bukanlah satu kesalahan, yang salah itu kerana pangkat melanggar tata susila dan menjatuhkan orang lain". Sumber Ikhwan.

FIKIR BOLEH, YAKIN BOLEH, SEMANGAT BOLEH, INSYAALLAH PASTI BOLEH

No comments:

Post a Comment