Sunday, June 20, 2010

BENGKEL PEMBINAAN WEBLOG

Blog adalah sebahagian daripada laman web. Kebiasaannya blog ini dikendalikan oleh individu yang sering ingin memberi idea yang bernas untuk dikongsikan bersama-sama dengan pengunjung laman web, sama ada dalam bentuk komen, pandangan, bahan-bahan multimedia seperti grafik dan video. Blog yang tipikal kebiasaannya mengandungi teks, imej, video, muzik, grafik dan pautan ke blog lain.
Pada Disember 2007, sebuah enjin carian blog yang di kenali sebagai Technorati telah mengesan hampir 112,000,000 blogs dan blog ini telah meningkat dengan begitu drastik pada Jun 2008 iaitu lebih 250 juta telah berada di laman web.[1]
Walaubagaimana pun, sebahagian besar dari staf akademik di UTHM ini tidak mengambil peluang sepenuhnya dengan kewujudan teknologi weblog ini sebagai alat untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Teknologi Maklumat PPD mengambil inisiatif untuk mengadakan bengkel ini. Objektif utama Bengkel Penyediaan Weblog Staf Akademik Pusat Pengajian Diploma yang diadakan ini adalah untuk :


1. Menyediakan dan membangunkan weblog dengan menggunakan teknologi web 2.0 untuk 31 staf akademik PPD. (C3)
2. Menunjukkan cara bagaimana weblog dapat digunakan dalam perkongsian multidisplin ilmu pengetahuan dikalangan staf akademik PPD. (A3)
3. Memanipulasikan elemen-elemen multimedia yang terdapat dalam weblog bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif. (P3)

Dengan pembinaan weblog staf akademik yang menggunakan teknologi Internet Web 2.0 terkini ini, diharapkan ianya akan dapat menyalurkan ilmu pengetahuan dengan pantas kepada pengguna yang terdiri daripada pelajar dan pengunjung yang lain. Selanjutnya weblog ini dapat membantu PPD untuk menyemarakkan pembudayaan dan perkongsian ilmu yang multidisplin dikalangan staf akademiknya.

No comments:

Post a Comment